DESAINER

Sunday, December 5, 2010

MAHA 2010

Hari Sabtu lepas adalah hari berpeleseran di MAHA 2010. Mula-mula pergi naik kete. Lepas belok kanan kat simpang depan sikit dari Hospital Serdang tu, terus kena brek sebabnya jalan jam. Kete sume gerak terkedek-kedek. Memang kepala masing-masing asik terjenguk keluar je. Bajet kau punye mata tu boleh nampak la sekilo meter kat depan.

Ade satu brader tu bawak kancil, tingkap die dah terbukak full. Agaknye panas melampau, die pon keluar kete kat tengah jalan tu macam nak cari gaduh. Last skali lepas jalan ke depan 3 langkah, patah balik masuk dalam kete. Ek eleh....Aku boleh jalan 10 langkah depan kau tau.

Hilang sabar, sejam berlalu, kitorang baru bergerak 50m, maka Mr. D terus buat lipatan maut untuk berpatah balik ke jalan yang benar. Sampai kat simpang tadi, rasa nak jerit kat kete Saga yang baru belok tu supaya lupakanlah niat tu.

Tapi semangat untuk pergi tu ade lagi. Balik umah parking kete kat side, start moto dan rempit. Aku dengan gembiranya melambai-lambai ala Paris Hilton ke setiap kereta. Parking pon kat entrance MAHA. Kalau naik kete, mesti parking nun jauh di sana. Nak jalan lagi 200m, sampai kat dataran tu konpem aku cari air sedap dulu. Dah la mahal. RM2 segelas plastik! Tawar plak tu!

Kat Maha tu ade macam-macam. Aku yang tak beli macam-macam. Oh btw, aku mengada-ngada buat lashes permanent perm kat situ. RM20 je untuk promosi. Kalau kat kedai RM49. Tapi akak tu bagi contact number die untuk direct buat ngan die. Boleh dapat harga kengkawan. HaHa.

Ok lah, ni aku jadi cam-whore jap. Maklum la, encik boyfriend suke tangkap gambau. I loike ;)


Paksa orang lain beri laluan. HaHa.


Muka aku sorang je boleh nampak dalam gambar. Paksa orang lain pandang belakang pulak.


Usyar belon yang mana satu sama macam muka Mr. D.. Cari-cari Otomen tak de plak. Mr. D sedih giler.


Tak caye? Tengok muka die, frust sebab Otomen kesayangan tidak dijual kerana kanak-kanak zaman sekarang dah tak percaya benda-benda karut gitu. HaHaHa.


Taraaaaa!!!! Berjaya pujuk Mr. D supaya jangan sedih lagi. Cakap kat Mr. D nanti jalan sampai atas boleh tengok kambing. Tapi lutut dah longgar pon kambingnya nggak ketemuin. Dalam TV cakap ade la ritu. Deym! Berita Perdana tipu!

Lupa plak nak update. Malam tu sebelum gerak balik, kitorang sempat tengok Ibnor Reza menyanyi dalam hujan renyai. Sanggup tunggu die nyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah. Touching abis T_T